Kaunselor SPM 4 : Respon Keputusan Percubaan SPM?

6 10 2009

Hazrat Mu’az bin Jabal r.a.h. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Penghuni syurga tidak akan menyesal (dan tidak akan berdukacita mengenai sesuatu pun) kecuali masa di dunia yang telah berlalu tanpa zikrullah” – Raiwayat Tobarani

“Wah! Dah dapat 8A dalam genggaman!”

“Aduh! Macam ni ke SPM nanti? Susahnya!”

“Alamak! Tak boleh jadi nih! Kita kena buat ulangkaji intensif sendiri. Minggu cuti ni ana nak arrange study grouplah. Dah tak boleh main main dah, Kena study smart! Lagi 50 hari saja lagi.”

usaha by mdpai75.

Tatkala mendapat keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2009, ada macam-macam respon. Respon itu tandanya anda sihat. Jangankan masih bermalas-malas dan tidak mengendah langsung seakan-akan anda tidak ada stimulus. Berperasaanlah dan lakukan sesuatu!

PERUBAHAN DAN REFORMASI DIRI

Beberapa di antara kita berada di zon membanggakan. Kebanyakan di antara kita berada di zon selesa dan memuaskan. Ada juga di antara kita masih berada di zon sebelah kaki di tingkat sepuluh dan sebelah lagi kaki sedang memijak  awangan. Menunggu telur di hujung tanduk jatuh terburai mengeluarkan isi telur yang busuk.

Buat mereka yang mencapai keputusan cemerlang, bersyukurlah kerana Allah telah memberikan kita keputusan yang baik. Moga hari esok kita lebih baik daripada hari ini.

Buat mereka yang berada di zon selesa, berkejar-kejarlah mencapai darjat yang ada di hadapan. Tingkatkan prestasi.

Buat mereka yang sedang bersedih, la tahzan. Percaya pada diri. Masih banyak masa lagi. Jangan putus asa! Cari kawan dan bersama-sama maju untuk pecutan terakhir ini!

SEDAR DARI MIMPI

Selama kita lalui peperiksaan demi peperiksaan, sudah tentu kita telah kenalpasti gaya pembelajaran yang terbaik untuk diri kita. Kita kenal diri kita bagaimana. Kita tahu seksanya belajar last minute. Bertonggang-langgang sepanjang malam Ramadhan sehingga terlepas qiamulail dan juga tarawih. Apatah lagi sahur. Al-Quran juga tidak sempat khatam dan akhirnya, kerugian besar yang dikecapi. Indah mimpi dari realiti. Terlepas peluang menikmati hablumminallah dan kecewa dengan prestasi peperiksaan. Rugi.

Bukankah usaha tanpa doa itu sombong dan doa tanpa usaha itu bohong?

~

Kita juga pernah merasai nikmat ‘kepandaian’ tanpa mengulangkaji pelajaran di saat akhir. Kita tahu rahsia-rahsia kunci kejayaan. Kita ada motivasi diri sendiri. Kita tahu keberkatan ilmu itu ada pada guru dan  kita tahu betapa ruginya jika kita tidak fokus ketika sesi pembelajaran.

Jika hanya tahu menahu sahaja, ilmu yang anda dapati itu hanyalah sekadar teori. “Ilmu tanpa amal bagai pokok tanpa buah”. Maka, sedar-sedarkanlah diri. Segera sekeh kepala yang sedang bermimpi, dan bertindak!  

BERSEDIA BUKAN BERSEDIH

Beautiful Close-up of Caution Sign inside a speeding Train. by FisBob.

Kertas peperiksaan terakhir ini bukan menentukan keputusan peperiksaan anda yang sebenar. Kata senior-senior saya, jauh panggang dari api. Bagai langit dengan bumi.

Keputusan Percubaan SPM sama sekali tidak serupa dengan peperiksaan sebenar SPM yang akan kita hadapi kelak. Maka, janganlah bersedih.

Kegagalan ini MENGEJEK kita agar kita tersentak dari lamunan mimpi dan terus melangkah seribu ke arah destinasi yang dituju!

Bukan senang nak jadi senang , bukan susah nak jadi susah.

Buktikan yang kita sama-sama boleh!

Wallahua’lam. Saya berkata untuk memotivasi diri saya dan berkongsi dengan anda. Doakan agar saya rajin belajar, rajin berdoa dan tidak bermalas-malas dalam mengecapi kejayaan.

PENUTUP

Selamat maju jaya kepada adik-adik yang bakal mecoret tinta pertama di helaian peperiksaan PMR sesi 2009 esok. Kami sentiasa mendoakan.

Di atas kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan seribu kemaafan kepada rakan-rakan, keluarga dan guru-guru yang berkunjung ke sini. Halalkan segalanya. Terima kasih kepada kalian kerana telah mendidik saya secara tak langsung dalam aktiviti blogging ini.

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih buat Ustaz Isharuddin Ismail di atas jasa beliau menyediakan latihan-latihan serta nota ekspres melalui emel dan blog. Terima kasih juga kepada semua guru-guru yang bertungkus lumus mengajar kami tanpa rasa jemu, terutamanya guru-guru yang terlibat dengan Program Ulangkaji Intensif (PUI). Sejujurnya, ana berasa amat terharu melihat kalian membawa ke sana ke mari kertas-kertas peperiksaan, dan buku-buku latihan. Terasa semangat berkobar-kobar dalam diri. Moga Allah merahmati kalian. Amiieen.

Dan juga terima kasih kepada mereka yang telah membangkitkan saya dari lamunan dan kesedihan.

Wassalam.


Actions

Information

13 responses

6 10 2009
amN

salam,,err..
tak mau ckp panjang2..
tp mmg ana sgt sgt terharu dan amat cuba dan sentiasa menghargai guru-guru.ya lah, pulun utk kita, yang kita spatutnya mestilah pulun smpai hangus tp masih steady.jadi….semoga dan sentiasa lah!!

7 10 2009
al-Barq

pergh terase habis… slame ni xde prasaan xde kesah….. trsedar blk smula….. insyaallah kite tergolong dlm golongan yg dibantu oleh Allah

9 10 2009
+fobia+

bersedih akan buat kita semakin jauh tertinggalkan.terus berlari+kejar apa yang masih belum tergapai.berusahakan untuk mengembirakan mereka yang selama ini telah bersamakorban untuk kalian.

10 10 2009
ibnu husni

Fainna ma’al ‘usri yusra(5)
“maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,”

Inna ma’al usri yusra(6)
“(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” -al-Syarh 5-6
~moga Allah mudahkan ukhty~

12 10 2009
thaaqhib

dah dah

pergi belajar…

let your result do the talking.

~saya sudah beremosi bila bercakap dengan golongan baya kamu~

12 10 2009
Akmal Hakim

“Kegagalan ini MENGEJEK kita agar kita terus tersentak dari lamunan mimpi dan terus melangkah seribu ke arah destinasi yang dituju!”

Menarik. Macam kenal~

Em, apa pun, seorang muslim yang sejati tentu berikhtiar agar tidak dibelakangkan oleh orang bukan muslim.

“When I cross-over SPM trial, I suddenly triggered that what I’ve done was definitely wrong. I stop from my journey, think, then CHANGE, at last I found my right mountain.

How miserable I’d climbed the wrong mountain all the time. But what I did is that, I have to climb the very right mountain, at the best speed, and I found myself that I’m satisfy for all the experience I had before” -Sifu

16 10 2009
nurazah fathirah

@ Sifu
Haha. Sempat komen jap~
Em. Em. Em. Pinjam frasa ‘MENGEJEK’ saja. Yang lain taram sendiri. Ya lah, tak genuine… Ok. Nice experience~

@Thaaqhib
Result tak berkata, tapi hati terasa. 1 failed heh! Kena pecut lagi~
Emosi dgn golongan baya saya? Haha. Agaknya saya terkecuali.

16 10 2009
naseemussobah

@ amN : jangan pulun sampai hangus.
@ albarq : insya-ALLAH boleh maju. amin.
@ +akufobia+ : hm. syukran dan amin.
@ ibnu husni : syukran kathiran ya ahlul mesir

p/s : hm. di mana akhowat ya?

17 10 2009
cgu shikin

ana lihat, ana ingat…ana dgr, ana lupe…ana buat, ana pahamm.. azah good luck exam SPM.. study group…study gropu..study group..insyaALLAH..doa n tawakal..

17 10 2009
thaaqhib

manusia zaman skrg suka berkata..yang mereka..”HEY SAYA SEDANG BERUSAHALAH!!”

saya cuba belajar meludah ke langit.. oh..rupanya..terkena di muka.

maaf kasar. tapi..mmg sedang beremosi

nurazah : oh ya, faham. kami kena speed up saat akhir ni i.allah boleh

20 10 2009
fathiyyah

salam azah. bittaufiq wannajah.
akak doakan kalian dr sini ya :)

22 10 2009
nurazah fathirah

Salam semua.

@ Cikgu Shikin : Ape kabore’? Lama tak jumpain! Hm, ya! Itu dia! Batch kami kureng STUDY GROUP. Kureng sangat.

@ Kak Fathiyyah : Hehe… Syukran kerana mendoakan dan memberi sokongan kepada kami. Moga sentiasa selamat di sana :)

22 10 2009
Akmal Hakim

Betul, segalanya musnah. Lepas siap habis tulis, terus lupa.

Maaf untuk entri 150, lupakan aja..

Nurazah : Takpa… Dah takdir~ Hargai memori dan imaginasi. Entri 150 dah lupa? Buat idea baru! Agenda Tarbiyah Qudwah (ATQ). Sekian. Salam.

Leave a comment