Kali ini, tindakan disiplin sekolah semakin serius. Baru-baru ini, persandingan dibuat di khalayak ramai.
Walaupun saya tidak berapa nak mengangguk dengan keputusan ini, namun saya nampak rasionalnya. Yalah, banyak kes disiplin berat semakin meningkat dan kebanyakan daripada pesalah masih tidak ‘makan saman’ dengan tindakan disiplin sedia ada.
Puncanya? Keluarga.

Kehidupan ibu bapa juga semakin sibuk sehingga terlupa memberi tumpuan terhadap perkembangan anak-anak mereka. Kerana itu, kaunseling sekolah amat memerlukan pembetulan kaunseling di rumah.
Saya kasihan benar melihat seorang ayah alim dan seorang ibu bertudung labuh terpaksa berjumpa dengan guru kaunseling dan guru disiplin bagi menyelesaikan masalah anak mereka. Apa tidaknya, anak-anak ini lah yang sepatutnya menjadi bi’ah solehah kepada rakan-rakan yang datang dari keluarga yang tidak pernah menikmati suasana tarbiyah.
AJAR ANAK-ANAK KONSEP TAUHID DAN KETUHANAN SEAWAL YANG MUNGKIN
“Apa? Dah sebulan tak solat?”
Itu lah masalahnya. Ibu bapa perlu ajar anak-anak tentang agama di peringkat akar umbi lagi. Ajarkan tentang tauhid, dosa-pahala, juga wujudkan suasana tarbiyah berkesan di rumah.
Anak-anak kecil yang lahir dengan pemikiran yang kosong sepatutnya membesar dengan pengisian ilmu secara tidak langsung, terutamanya daripada ibu-ibu mereka. Tetapi, apa yang kita lihat pada hari ini, para ibu sibuk masuk-keluar rumah mencari rezeki sehingga lewat malam.
Apa yang terjadi?
Para bibik-lah yang mengambil posisi mereka bagi mendidik anak-anak Melayu. Jika dahulunya, anak-anak suka bertanya tentang Tuhan dan fenomena sekeliling yang berlaku kepada ibu bapa, takkanlah zaman sekarang, para bibik pula yang bertanggungjawab memberikan respon dan jawapan-jawapan bernas terhadap soalan-soalan puitis anak-anak kecil ini? Kasihan…
Kebanyakan anak-anak kecil sebegini sudah menjadi mangsa genre ‘cintan-cintun’. Akhirnya, wujudlah masalah ber‘couple’ dan sebagainya.Ya lah, mana tak nya, bibik mereka itu asyik berpaku sahaja di hadapan televisyen menonton Bawang Merah Bawang Putih, Matahari dan macam-macam lagi drama Indon bersiri. Habis pemikiran mereka berkulat!
~Sapaan Manusia~